Mesti anda kenal dengan masjid ini. Masjid yang tidak asing lagi, Masjid Putra yang terletak di Putrajaya. Masjid ini merupakan simbolik dan mercu tanda di Putrajaya. Pembinaan masjid ini bermula pada 1997 dan disiapkan dua tahun kemudian pada 1999. Masjid ini terletak bersebelahan dengan Perdana Putra, Pejabat Perdana Menteri Malaysia dan bersebelahan dengan Tasik Putrajaya.
Masjid Putra dinamakan sempena Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj.
Keluasan masjid ini seluas 1.37 hektar. Kawasan masjid bermula apabila masuknya ke Pintu Utama sehinggalah ke dalam kawasan masjid. Manakala Dataran Putra dan Souq tidak berada dalam lingkungan kawasan masjid. Pembinaan masjid ini berkonsepkan 2 konsep iaitu Timur Tengah dan Tradisional Melayu.Sudah pastinya, masjid ini dijaga begitu rapi. Bersih dan selesa. Tidak kurang juga, ramai pengunjung yang hadir untuk solat di sana. Bagi anda yang belum ke sana, ambillah peluang untuk menziarahi masjid ini 

0 Comments