Anda teringin hendak ke Maghribi tetapi tidak bekesempatan? Anda masih boleh melihatnya di Astaka Morocco yang terletak di Taman Botani, Persint 1, Putrajaya.
Ya benar, seni binanya serupa seperti yang terdapat di Marrakesh. Dibina atas pertukaran budaya antara Malaysia dan Maghribi, pintu gerbangnya dihiasi dengan keindahan air pancut yang menyejukkan mata memandangnya. Selain itu, ayat-ayat suci al-Quran kelihatan timbul di dindingnya dengan ukiran khat yang halus.
Astaka ini mengambil masa selama dua tahun bagi menyiapkannya dengan sempurna. Paling menarik semua bahan binaan termasuk simen dan kapur khas, marmar atau jubin didatangkan khas dari Maghribi. Malah termasuk pekerja untuk membinanya juga datang dari negara Afrika Utara itu, bagi memastikan keaslian seni binanya.Di setiap pintu bilik pameran mewakili lapan bandar atau kota di Maghribi seperti Fez, Rabat, Essaouira, Rif Atlas, Marrakesh dan Meknes. Bahagian luar taman pula dihiasi pelbagai bunga tropika dan untuk menampak ia seolah-olah bangunan padang pasir, terdapat puluhan pokok kurma serta kektus.
Bayarannya juga sangat murah dan berbaloi. Jom kita ke sini!
0 Comments