Jambatan Seri Wawasan atau dikenali juga sebagai Jambatan Putrajaya turut menjadi satu daya tarikan pelancong untuk datang ke Putrajaya. Jambatan Seri Wawasan yang berkepanjangan 430 meter ini bertambah serinya apabila dilawati pada sebelah malam dengan terpamer pancaran cahaya berwarna yang telah menaikkan lagi keindahan binaan tersebut.




Lokasi ini tidak hanya diminati kerana keindahannya namun juga disebabkan oleh latar suasananya yang turut menghiasi babak dalam filem tempatan yang seterusnya menarik minat pengunjung untuk menyaksikan sendiri keunikan jambatan Seri Wawasan.




Bagi peminat fotografi pula, jambatan ini boleh menjadi salah satu tempat yang menarik untuk hasil gambar yang berkualiti.


https://www.facebook.com/Malaysiaku.info
#Malaysiaku