Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin diambil sempena nama Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIII, Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah. Mula dibina pada 5 April 2004 dan telah diserahkan pengurusannya kepada pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada 19 Ogos 2009.



Masjid yang dikenali sebagai Masjid Besi ini terletak di Presint 3, Putrajaya bersetentangan Istana Kehakiman atau “PALACE OF JUSTICE”. Lokasi masjid yang strategik dan menarik, di tepi tasik Putrajaya menjadi tarikan pengunjung dalam dan luar negara.

Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin boleh memuatkan 20,000 orang jemaah dalam satu- satu masa dibina untuk tujuan sebagai pusat ibadat yang selesa dan pusat perkembangan ilmu kepada masyarakat sekitar dan luar negara.
.
Masjid ini mempunyai 3 konsep rekabentuk iaitu “angin, sederhana dan telus”. Bahagian dalam dewan solat utama tidak menggunakan kipas atau penghawa dingin sebaliknya menggunakan teknologi gas penyejuk udara “Gas District Cooling”. Berhampiran ruang solat utama turut dikelilingi kolam air sudah pasti membuatkan para pengunjung dapat menikmati suasana udara segar yang dingin dan nyaman.
.
Menarik sungguh Masjid ini. Penduduk di Putrajaya, ayuh jangan lepaskan peluang menunaikan solat di Masjid ini!

https://www.facebook.com/Malaysiaku.info/
#Malaysiaku