Buat anda yang ternanti-nanti siri menjelajah masjid, kali ini masih di Selangor, iaitu Masjid al-Mukarramah.

Wah! namanya pun unik bukan?



Pasti anda tertanya-tanya mengapakah dinding luar masjid ini tidak dicat? Itulah keunikan masjid ini yang terletak di Petaling Jaya. Masjid ini terbina di kawasan berbukit dan warna kelabu dari atas kubah sehingga ke dinding masjid tanpa apa-apa kontra warna membuatkan ia dilihat sedikit klasik dan menjadi kegemaran kaki fotografi.



Binaan kubah dan struktur bangunan masjid ini banyak dipengaruhi oleh senibina Ottoman dan Anatolian dari Turki. Dinding mihrab berkayunya pula disulami ukiran khat yang halus seninya dan hiasan masjid berlatarbelakangkan corak geometri Islam.



Menarik bukan? Setiap masjid itu ada latar belakang sejarahnya. Jom sama-sama kita tingkatkan pengetahuan dan pengalaman. Jangan lupa ya singgah dan solat di masjid ini.


#Malaysiaku