Anda inginkan percutian yang berbaloi? Datanglah ke Tandom Hill Resort yang terletak di Selangor ini bersama keluarga, kerana begitu banyak aktiviti menarik yang boleh dibuat seperti berenang di tasik, bergayut di atas air, berakit dan bermacam lagi.


Bukan setakat itu, anda juga boleh mencuba aktiviti lain yang turut disediakan seperti abseiling, flying fox, ATV, dan mendaki bukit.




Tak cukup sehari berseronok di Tadom Hill? Apa kata kalau anda dan keluarga menginap di penginapan-penginapan yang hampir kesemuanya dibuat berasaskan kayu buluh di sini? Terasa seperti bercuti di kawasan desa.


Bagi anda yang meminati fotografi, pemandangan di sini juga tidak kalah. Sambil menyelam, minum air. Begitulah pepatah Melayu.