Stesen Keretapi yang terletak di Kuala Lumpur ini siap dibina pada 1910 menggantikan stesen yang lama pada tapak binaan yang sama. Stesen ini pernah dijadikan hab keretapi di bandaraya ini bagi Keretapi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.


Reka bentuknya mempunyai campuran rekaan Barat dan Timur. Struktur utama yang mengandungi dewan utama, kaunter tiket, dan pejabat, terutamanya direka dalam stail "Raj", campuran Barat dan Mughal sama seperti seni bina kebangkitan Moorish atau Indo-Arab, yang menjadi popular seketika pada akhir abak ke-19 dan awal ke-20 di koloni India, termasuk juga di Eropah dan British.

Stesen ini secara rasminya dibuka semula pada 31 Ogos 2007 sebagai sebuah muzium keretapi (pameran diletakkan di dewan utama dan pelantar stesen), dan ketika ini dicadangkan sebagai pusat budaya.

Jangan tak tahu, bangunan ini menjadi lubuk kaki fotografi! MV lagu Cinta Dirgahayu nyanyian Dato' Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir juga dibuat di sini 


#Malaysiaku