Pantai yang terletak di Selangor ini dikelilingi oleh pokok Kasuarina yang menyejukkan pandangan. Oleh kerana pantai ini agak kurang dilawati, ia menjadikan sebuah pantai yang terbaik untuk tempat bersantai sekiranya anda menginginkan ketenangan dan privasi.



Selain sesuai dijadikan tempat berkelah dan berkhemah, lokasi ini sering menjadi tempat sesi fotografi bagi pasangan yang telah berkahwin. Anda juga boleh cuba menangkap ketam dan mengutip cengkerang yang banyak terdapat di sini.




Kawasan pesisir pantai ini bercampur antara pasir dan juga lumpur dan bukanlah seratus-peratus berpasir halus seperti pantai yang lain. Nikmati kelainannya!


#Malaysiaku