Pernah menonton filem Charlie and the Chocolate Factory? Seronok bukan? jomlah berkunjung ke Muzium Coklat di Kota Damansara. Di sini terdapat pameran tentang coklat dari awal penemuan kegunaan biji koko pada zaman Olmex di Mexico (1200BC – 300BC) sehinggalah ke zaman moden yang menghasilkan coklat dengan menggunakan pelbagai jenis mesin.


Anda berpeluang untuk mengetahui bagaimana kaum purba Mayan dan Aztec yang gemar membuat air coklat dengan menjadikan bahagian atasnya berbuih sebagaimana teh tarik dibuat, nampaknya, orang Melayu bukanlah yang pertama yang mencipta air yang ditarik-tarik ini. Cakap fasal purba teringat Oompa Loompa dalam filem tadi 😁




Selain pameran ini, anda juga dapat melihat bagaimana coklat diproses. Demonstrasi pemprosesan dan merasa coklat ini bermula dari pukul 12.00pm ke 3.00pm.




Jom jadikan cuti hujung minggu anda dengan ke tempat yang bermanfaat!





#Malaysiaku