Ada yang menjadikan street art sebagai tempat yang wajib dilawati untuk diabadikan dalam foto kenangan. Street art ini terdapat di beberapa negeri di Malaysia. Mari kita jelajah street art yang terletak di Seksyen 7 Shah Alam, Selangor ini.



Kawasan street art yang diberi nama Laman Seni 7 ini mengetengahkan 3 tema mural berbeza iaitu Komuniti Shah Alam, Tarikan Pelancong dan Konsep Hijau.


Terkenal dengan tanda pagar #lorongbelakang (back alley), anda bolehlah google terlebih dahulu untuk melihat gaya dan aksi menarik yang disesuaikan untuk bergambar di setiap mural. Bukan sahaja kanak-kanak menggemarkannya, malah mereka yang dewasa juga gemar!


Datanglah ke sini kerana ianya percuma dan serlahkan kreativiti anda!


#Malaysiaku