Pernah anda dengar bahawa di Selangor juga terdapat sawah padi?
Sawah Padi di Sekinchan, Selangor adalah lokasi yang boleh anda teroka bersama keluarga untuk mencuci mata dan bergambar sepuas hati. Lagi-lagi bagi penduduk di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur!


Jika anda berminat untuk adakan sesi fotografi, bulan April atau November merupakan bulan terbaik kerana padi sudah mula menguning keemasan. Anda juga boleh singgah ke Kilang Beras Rakyat Sekichan yang terletak di Jalan Tali Air 5 bagi menonton video bagaimana padi disemai, ditanam, dituai dan diproses sehingga menjadi beras.



Ada juga pameran dan maklumat berkaitan padi dan beras disediakan. Manakala di tingkat bawah kilang menempatkan kedai jualan beras dan produk berasaskan beras seperti keropok, sabun dan bihun.


Tawaran menarik, sekiranta anda berminat untuk melihat sendiri keadaan dalam kilang pemprosesan beras ini, caj yang dikenakan cukup rendah dan berbaloi! Rebutlah peluang ini!



https://www.facebook.com/Malaysiaku.info/
#Malaysiaku