Anda gemar membaca dan inginkan kelainan semasa di perpustakaan?
Luangkanlah masa untuk membaca di Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam.


Bangunan enam tingkat ini berkonsepkan perpustakaan dalam taman atau ‘library in the park’. Sangat sesuai bagi anda yang mempunyai anak mahupun yang solo. Zon khas untuk kanak-kanak juga dihias dengan cukup kreatif dan mampu menimbulkan rasa cinta kepada buku bagi mereka.


Tingkat-tingkat perpustakaan ini juga memiliki temanya yang tersendiri. Antara tema yang diketengahkan adalah angkasa lepas,bumi,lautan dan manusia.
Antara fasiliti unik yang ditawarkan adalah seperti teater 3D, teater ‘multi-sensory’ 6D, 3 buah gimnasium berbeza, Xbox Kinnect, teknologi ‘virtual reality’ (HTC Valve), kemudahan komputer (Windows dan Mac), permainan interaktif iStep, Ubiq dan banyak lagi.



Lokasinya juga strategik, kerana terletak berdekatan dengan banyak tarikan lain di Shah Alam seperti Shah Alam Lake Gardens dan juga Masjid Biru. Ibaratnya sambil menyelam, minum air.


https://www.facebook.com/Malaysiaku.info/
#Malaysiaku