Mesti anda pernah dengar tentang pendakian di Bukit Broga bukan?
Bukit Broga juga dikenali sebagai Bukit Lalang berketinggian sehingga 400 meter ataupun mencecah sehingga 1300 kaki. Lokasinya terletak di Semenyih, Selangor.
Bukit ini mempunyai tiga puncak. Puncak pertama menawarkan pemandangan sehingga ke Menara Kuala Lumpur sekiranya tidak dihalangi oleh cuaca. Daripada puncak yang kedua pula anda dapat menikmati pemandangan matahari terbit yang cukup mempesonaka. Jadi, mulakanlah pendakian seawal yang mungkin supaya tak terlepas momen ini. Puncak yang terakhir sekali, anda dapat menikmati pemandangan yang sungguh mengujakan dari puncak yang tertinggi.
Bagaimanakah hasil gambarnya? Lihat sahaja gambar-gambar ini! Anda disyorkan untuk datang ke sini sebelum waktu tengahari untuk mengelakkan pancaran mentari yang terik.
https://www.facebook.com/Malaysiaku.info/
#Malaysiaku
0 Comments