Jika di Tanah Merah, Kelantan terkenal dengan Jambatan Guillemard yang merupakan jambatan keretapi terpanjang di Malaysia, di Perak juga terkenal dengan Jambatan Karai atau Victoria Bridge yang dibina sekitar 1897 sebagai laluan untuk keretapi mengangkut hasil lombong bijih timah ketika itu.




Jika anda bercuti ke Kuala Kangsar, bolehlah singgah ke sini untuk bergambar klasik dan menarik. Jambatan ini berusia 123 tahun dan setinggi 150 meter dari permukaan Sungai Perak di bawahnya.



Terdapat laluan pejalan kaki disediakan di sepanjang jambatan ini. Jangan risau, jambatan ini tidak digunakan lagi sebagai jalan pengangkutan dan ia masih kukuh. Cuma anda perlu berhati-hati kerana terdapat lubang-lubang di sepanjang jambatan!



#Malaysiaku