Anda pernah pergi ke i-City di Shah Alam? Bukan sahaja igloo (buatan) yang menarik di sana, ada juga lukisan-lukisan yang menggunakan teknik purba Trompe L'oeil yang menampakkan ianya hidup dan realistik dalam Trick Art Museum i-City.
Lukisan-lukisan 3D di muzium ini pasti membuatkan anda tertanya-tanya adakah benar apa yang anda lihat, seperti boleh disentuh tetapi hanya sebuah lukisan.
Ilusi-ilusi optikal di sini menjadikan ia menarik untuk dijadikan props anda ber’posing’. Di dalam tapak yang berkeluasan 8000 kaki persegi ini anda dapat melihat 5 tema karya seni yang berbeza iaitu karya Mesir, Klasik Moden, Alam Haiwan, Karya Agung dan Hidupan Laut.
https://www.facebook.com/Malaysiaku.info/
#Malaysiaku
0 Comments