Tersenarai antara 10 waterfront terbaik di dunia, The River of Life yang terletak berdekatan dengan Pasar Seni dan Chow Kit ini menawarkan pemandangan yang cukup mengujakan.
Sekiranya anda sampai sebelum mentari terbenam, anda dapat melihat pemandangan di sekitar dengan jelas di mana terletaknya sungai dengan air pancuran serta laluan yang cantik. Airnya dilengkapi dengan ikan Koi yang berenang di dalamnya.

Pada waktu malam, iaitu selepas pukul 8 malam, cahaya di sepanjang waterfront ini mula menyala dengan gaya yang bersesuai dengan muzik, seri keindahan pemandangannya ditambah lagi dengan latar belakang bangunan di sekitar yang turut memancarkan cahaya.
Buat kaki fotografi, pastikan anda mengambil gambar pada waktu malam untuk hasil yang terbaik! Jangan lepaskan peluang berjalan di ibu kota ini, percuma je!
#Malaysiaku
0 Comments