Siri menjelajah masjid kembali lagi! Kali ini di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Anda pernah menunaikan solat di sini?




Masjid ini direka dengan mengambil inspirasi daripada Masjid Biru yang terletak di Istanbul dengan gabungan seni bina Turki dan Melayu. Masjid ini memiliki ruang solat yang sangat besar sehingga mampu menampung dalam 15,000 jemaah pada satu-satu masa.



Di sekitar masjid ini terdapat air pancut dan juga tumbuhan-tumbuhan hijau yang terjaga dengan baik. Anda perlu datang sendiri dan lihat dengan lebih dekat lagi sentuhan yang terperinci pada setiap sudut masjid ini yang kelihatan begitu tenang dan indah.

Sekiranya anda berkesempatan singgah ke masjid ini, jom solat di dalamnya. Rasai sendiri ketenangannya.

#Malaysiaku