Anda pernah bercita-cita untuk menerokai gua? Teringin melihat suasana dalam gua?
Gua Tempurung bukanlah seperti gua-gua popular lain di Sabah atau Serawak. Gua Tempurung sangat mudah dilawati oleh pelancong. Anda tidak perlu meredah hutan untuk sampai ke gua ini.
Bukan itu sahaja, dalam gua ini dilengkapi dengan platform jalan kaki, lampu dan sebagainya. Gua ini mesra keluarga, lagi-lagi ia membawa pengalaman yang baru kepada si kecil. Terletak sekitar 18km dari Bandaraya Ipoh.
Selain itu, terdapat beberapa pakej aktiviti disediakan, samada beaktiviti kering atau basah. Ini kerana, terdapat kawasan bersungai di hujung gua yang sangat menyeronokkan untuk anda terokai! Pakej aktivitinya juga mempunyai tempoh masa yang berbeza mengikut kepada pakej ringan atau ekstrim.
.
Terokailah Gua Tempurung ini, pasti anda teringat gelagat pelakon-pelakon tersohor yang pernah menjadikan gua sebagai medan lakonannya.
#Malaysiaku
0 Comments