Anda suka menjelajah masjid? Apa kata anda jadikan ianya sebagai hobi baru anda? Mari lihat dua masjid yang unik ini di Ipoh, Perak!
Masjid pertama ialah Masjid Sultan Idris Shah II. Percaya atau tidak, masjid ini mempunyai 40 buah kubah. Secara tepatnya, masjid ini mempunyai 44 buah kubah dan sebuah kubah utama yang saiznya lebih besar. Masjid ini dirasmikan oleh Sultan Idris Shah II pada tahun 1968, malah batu asas masjid ini sebenarnya diletakkan oleh Tun Abdul Razak sekitar tahun 1967.
Masjid kedua pula ialah Masjid Muhammadiyah atau sinonim dengan nama Masjid Cina, juga terletak di Ipoh. Ia sering menjadi tumpuan pelancong yang ingin melihat sebuah masjid yang mempunyai senibina masyarakat Cina. Bentuk binaan bumbung dan ukiran di bangunannya mirip dengan bangunan tradisional di Cina ditambah dengan elemen islami. Bumbungnya tidak berbentuk kubah dan di hujung bumbung diserikan dengan bulan sabit.
Sekiranya anda berjalan-jalan di sekitar ipoh, ambillah peluang untuk solat di dalam masjid ini. Anda tidak perlu bimbang, ianya mempunyai kemudahan untuk jemaah yang lengkap.
https://www.facebook.com/Malaysiaku.info/?epa=SEARCH_BOX
#Malaysiaku
0 Comments