Muzium Telekom adalah sebuah muzium yang terletak di dalam bangunan yang pada suatu ketika dulu pernah menjadi tempat di mana ibusawat telefon manual diletakkan dan ruangan bawah tanahnya pula terdapat kabel-kabel untuk peralatan komunikasi.
Bangunan 3 tingkat ini terletak di persimpangan Jalan Gereja dan Jalan Raja Chulan, KL. Dari segi reka bentuknya, bangunan klasik ini memiliki pengaruh gaya seni bina Greek. Bukan sekadar memiliki reka bentuk yang menarik dan antik, muzium ini sungguh menarik untuk dilawati kerana di sinilah anda dapat melihat perkembangan teknologi telekomunikasi yang pernah dilalui dunia, dari kod morse hinggalah kepada teknologi komunikasi digital.
Nak bersantai sekejap sebelum membuka langkah ke destinasi lain di KL? Anda boleh chill di zon wifi yang terletak di tingkat atas, di sini terdapat banyak tempat duduk dan iPad yang boleh digunakan.
0 Comments