Anda mencari-cari tempat berjogging? Cuba pergi ke
Taman Metropolitan Kepong yang terletak di Kuala Lumpur. Tempat ini terkenal dengan aktiviti bermain layang-layang dan juga berjogging.




Taman ini turut lengkap dengan kemudahan seperti trek basikal, padang bola sepak, menara pemerhatian, trek kereta kawalan, pondok-pondok santai dan taman permainan.



Bagi anda yang kaki memancing pula, anda dibenarkan memancing di tasik seluas 57 hektar di taman ini. Taman ini berkeluasan 95 hektar dan sekiranya anda berkunjung pada hujung minggu, anda berpeluang melihat pelbagai jenis layang-layang di awan putih.





Untuk anda yang gemarkan fotografi pula, pemandangan pada waktu senja pastinya memuaskan anda apatah lagi dengan layang-layang sebagai pelengkap keindahan.
.
Mari jogging di sini!


#Malaysiaku